SAUDARA PENGARANG, KERJAYA sebagai wartawan seringkali dilihat sebagai pekerjaan yang berprestij dan berpengaruh. Namun, di sebaliknya kekuasaan dalam menyampaikan kebenaran kepada masyarakat, tersembunyi risiko dan cabaran yang tidak diketahui oleh orang ramai. Wartawan yang memilih untuk menceburi bidang penyiasatan dan menyamar (undercover) menghadapi pelbagai ancaman dari segi fizikal hingga kepada penapisan hak bersuara. Ini termasuk menerima ugutan bunuh dan serangan keganasan. Di banyak negara, kerajaan mempunyai kawalan yang ketat ke…