SAUDARA PENGARANG, Pulau Pinang terkenal sebagai pusat pelancongan dengan keunikannya tersendiri dari pelbagai bangsa dan kaum yang mewarnai budaya masyarakat setempat. Diberi jolokan sebagai Pulau Mutiara, menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara sekali gus mendapat pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai Bandar Warisan Dunia pada 2009. Saban tahun, pada Julai hingga Ogos akan diadakan suatu festival perayaan budaya di Georgetown melibatkan beberapa penganjur…










