SAUDARA PENGARANG, MAJLIS Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MKJR) harus bernafas dan diberikan peranan bertenaga (empower) seiring dengan saranan terbaharu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar usaha diperluaskan bagi tujuan menyelamatkan nyawa di jalan raya. Saya bukan ahli MKJR. Saya hanya seorang rakyat Malaysia yang mengambil berat kemusnahan manusia di jalan raya dan saya pernah berada dalam Lembaga Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) selama tiga tahun. Atas sebab-sebab…