SAUDARA PENGARANG, SUKAN Olimpik hampir ke penghujungnya, namun kilauan emas samar dalam dakapan negara sedangkan negara jiran seperti Indonesia, Singapura, Vietnam mahupun Thailand terlebih dahulu menggapai emas Olimpik. Malah negara Saint Lucia yang hanya menghantar tiga orang atlet pun berjaya mendapatkan pingat emas di Olimpik dalam acara 100 meter pecut wanita. Di mana silapnya sehingga menyambar sebutir pingat emas begitu sukar digapai? Saya tertarik melihat China yang menjadi kuasa besar…