SAUDARA PENGARANG, Merujuk artikel Cetak rompak di sekolah yang dihalalkan terbitan Utusan Malaysia pada 3 Ogos lalu, topik ini menarik perhatian saya kerana ia membincangkan isu penting yang sering diabaikan iaitu amalan cetak rompak di sekolah. Cara ini seolah-olah mengajar pelajar supaya tidak jujur dan melanggar undang-undang sedangkan sekolah adalah pusat ilmu untuk mendidik anak-anak menjadi insan yang amanah dan berintegriti. Mungkin niat guru-guru baik untuk membekalkan sumber latihan dan…