SAUDARA PENGARANG, FESTIVAL TVET Madani adalah satu inisiatif yang bertujuan untuk memartabatkan ilmu warisan negara melalui pendekatan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET). Festival ini akan menyatukan pelbagai pihak termasuk institusi pendidikan, industri dan masyarakat dalam usaha bersama untuk memelihara dan mempromosikan warisan ilmu yang menjadi kebanggaan Malaysia. Para pelajar, pendidik, dan masyarakat umum akan dapat mendalami pelbagai aspek warisan budaya sambil menerapkan kemahiran yang relevan dengan keperluan industri…