SAUDARA PENGARANG, PERIKATAN Wanita Antarabangsa untuk Institusi Keluarga & Pendidikan Berkualiti (WAFIQ) mengecam keras penglibatan ahli politik dalam kes rogol yang diputuskan di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur baru-baru ini. Meskipun bukan sebagai pelaku, namun penglibatannya dalam mengaturkan sambutan ulang tahun, yang diraikan dengan mengambil minuman beralkahol, telah dinamakan dalam Alasan Penghakiman yang tular khususnya melalui keterangan saksi pengadu. WAFIQ memandang isu ini dengan serius dan mengecam tindakan tidak beretika seorang…