SAUDARA PENGARANG, DALAM era Revolusi Industri 4.0 (IR4.0), apabila teknologi digital menjadi nadi kehidupan moden menjadikan generasi muda sedang berhadapan dengan cabaran kecanduan digital. Fenomena ini, yang kini diiktiraf sebagai masalah kesihatan awam serius oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), bukan sekadar isu penggunaan berlebihan peranti elektronik, tetapi merupakan sindrom kompleks yang memberi impak mendalam terhadap perkembangan kognitif, emosi dan sosial generasi muda. Menurut laporan 2023, purata masa skrin harian untuk…