Tolak calon dari parti yang menyeksa ‘mental’ rakyat

Tolak calon dari parti yang menyeksa ‘mental’ rakyat

HAMPIR 60 peratus pengundi Melayu dan 40 peratus bukan Melayu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap akan merealisasikan hak mereka untuk memilih calon.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

DALAM pertandingan sengit dua penjuru di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap antara isu terpenting bagi pengundi memilih bakal wakil rakyat mereka di kawasan berkenaan adalah mengenai soal kos kehidupan ekonomi rakyat bawahan yang semakin meruncing.

Umum mengetahui bahawa bagaimana pihak kerajaan perpaduan sedang bekerja keras dalam menangani soal kemampatan ekonomi negara serta meringankan bebanan kos sara hidup rakyat khususnya golongan bawahan.

Tanggungjawab serta usaha murni ini wajar diberikan kredit sekalipun wujud situasi flip flop diluar jangkaan dalam tindakan serta keputusan yang dibuat.

Timbul keraguan yang munasabah dari sudut pelaksanaannya yang diputuskan secara mengejut yang akhirnya hanya memberi kesan negatif terhadap rakyat.

Kerajaan persekutuan mahupun negeri tidak wajar mengenepikan peruntukan di kawasan DUN mahupun Parlimen yang dimenangi oleh wakil rakyat pembangkang.

Atas dasar kehendak demokrasi berperlembagaan, mereka bertanding dan menang namun adakah adil menghukum rakyat di kawasan berkenaan dari sudut sifar peruntukan dan adakah tafsiran seperti ini terpakai serta selari dengan ungkapan sebuah kerajaan Madani?

Akibat kenaikan diluar jangkaan RM1.20 seliter bahan api diesel turut menjadikan bebanan peningkatan tambahan dari sudut kos sara hidup khususnya golongan bawahan. Kenaikan mendadak seperti ini tidak sepatutnya dibuat dalam keadaan kedaifan ekonomi sekarang.

Kesinambungan itu kepada hampir 60 peratus pengundi Melayu dan 40 peratus bukan Melayu akan dapat merealisasikan hak mereka untuk memilih calon daripada parti yang tidak bersikap menyiksa mental rakyat sehingga tempoh Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) kelak.-UTUSAN

RAHMAD ISAHAK
Aktivis Politik

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN