SAUDARA PENGARANG, YAYASAN Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) menzahirkan rasa kecewa kerana perbuatan menggunakan agama dalam setiap kesempatan politik terus diamalkan di negara ini meskipun sudah ditegur dan diingatkan berkali-kali bukan sahaja oleh pihak berkuasa agama seperti mufti dan ulama, malah juga oleh institusi diraja di negara ini. Terbaharu ialah tindakan membacakan Qunut nazilah di Parlimen baru-baru ini selepas keputusan dibuat untuk menggantung seorang ahlinya. Ia jelas merupakan amalan melampau, kerana…










