Pulihkan semula keyakinan rakyat

Pulihkan semula keyakinan rakyat

KEMENANGAN Abidin Ismail dikaitkan dengan protes kaum Cina serta India ekoran penyasaran subsidi dan pengundi atas pagar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

DEBARAN Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap telah berakhir dengan Perikatan Nasional (PN) berjaya mengekalkan kemenangan dengan majoriti lebih besar berbanding pada pilihan raya negeri (PRN) lalu.

Punca kekalahan dan kemenangan sudah pastinya terkait soal kepercayaan dalam politik. Krisis kepercayaan atau keyakinan menjadi salah satu faktor utama kegagalan parti Kerajaan Perpaduan.

Respons daripada pengundi Cina dan India yang tidak ramai mengundi pada PRK ini tidak langsung mengejutkan ekoran ia sudah dijangkakan kerana memprotes secara senyap selepas kerajaan menaikkan harga diesel secara mendadak.

Kesimpulan awal, Abidin Ismail mampu mempertahankan kerusi milik Pas kerana ramai pengundi berpandukan maklumat di media sosial serta sikap penyokong dan calon.

Semuanya ini diperhati dan dinilai oleh pengundi yang tidak berparti kerana ruang akses komunikasi antara pempengaruh dan wakil calon bertanding membolehkan daya tarikan rakyat untuk memenangi jiwa pengundi atas pagar yang sentiasa berubah-ubah.

Ini terbukti dengan kekalahan majoriti undi agak besar sekali gus jelas menunjukkan tahap sokongan sebenar rakyat terhadap kerajaan madani. Bahkan yang lebih malang sekali pemimpin UMNO ternyata masih gagal untuk menarik sokongan pengundi Melayu.

Makanya, jelas yang pengundi pengundi-pengundi Melayu UMNO menunjukkan isyarat amaran terhadap presiden parti dan Kerajaan Perpaduan yang mereka tidak bersetuju dengan langkah yang sedang dilakukan Perdana Menteri.

Oleh itu, diharap pimpinan Pakatan Harapan (PH) bermuhasabah dan segera mendapatkan penyelesaian terbaik bagi memulihkan kembali kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap kewibawa PH dan Kerajaan Perpaduan.-UTUSAN

PEMERHATI BEBAS POLITIK
Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×