SAUDARA PENGARANG, KUNJUNGAN rasmi Syeikh Al-Azhar Al-Sharif, Profesor Dr. Ahmad Muhammad Ahmad At-Tayyeb ke Malaysia merupakan satu lawatan yang penting, bersejarah dan memberi makna yang besar kepada hubungan dua hala yang sudah sedia lama terjalin antara Malaysia dan Mesir. Lawatan atas undangan khas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuka ruang kepada kerjasama baharu khususnya melibatkan institusi pendidikan tinggi, pengukuhan dakwah Islam dan memanfaatkan kekuatan akademia yang dimiliki oleh Al-Azhar.…









