Fokus kepada kejayaan atlet di Sukan Olimpik 2024

Fokus kepada kejayaan atlet di Sukan Olimpik 2024

PAKAIAN negara kita tidak hanya berfungsi dengan baik tetapi juga mencerminkan imej negara dengan sewajarnya. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KEPADA Majlis Olimpik Malaysia (MOM), kami, rakyat Malaysia yang penuh semangat dan cinta akan negara ingin menyampaikan pandangan dan sokongan kepada para atlet negara yang bakal berentap di Sukan Olimpik 2024. Kami memahami bahawa reaksi awal terhadap rekaan pakaian mungkin mengejutkan ramai pihak, tetapi kami percaya bahawa fokus utama kita sekarang haruslah kepada persiapan dan prestasi atlet.

Adalah penting untuk memastikan bahawa pakaian yang diperkenalkan mencerminkan identiti, semangat dan kebanggaan Malaysia. Kami berharap agar perkara ini diambil serius dalam perancangan masa hadapan untuk memastikan pakaian negara tidak hanya berfungsi dengan baik tetapi juga mencerminkan imej negara dengan sewajarnya.

Namun begitu, kami sedar bahawa yang lebih penting, pakaian atlet harus berfungsi dengan baik untuk menyokong prestasi mereka. Walaupun rekaan mungkin tidak memenuhi jangkaan semua, kami berharap ia tetap memberi keselesaan dan membantu atlet kita berasa selesa di Olimpik nanti.

Sebagai rakyat yang menyokong sepenuhnya para atlet, kami ingin mengingatkan semua pihak agar terus berikan sokongan dan dukungan 100 peratus kepada wira-wira tanah air. Biarlah mereka fokus sepenuhnya kepada persiapan dan pertandingan yang bakal dihadapi.

Kami berharap semua rakyat Malaysia memahami betapa pentingnya untuk memberi sokongan penuh kepada atlet. Paling utama adalah semangat juang dan persiapan mereka. Kita perlu memastikan mereka dapat bertanding dengan penuh keyakinan tanpa tekanan tambahan.

Kami berharap MOM dan atlet akan terus fokus pada persiapan untuk Sukan Olimpik 2024. Sukan ini milik kita semua, dan kami mahu melihat atlet bertanding dengan penuh kebanggaan dan semangat Malaysia.
“Malaysia Boleh!”-UTUSAN

AMMAR ATAN
Naib Ketua Pemuda Parti Amanah
Negara (Amanah) Nasional

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN