Dihalang jadi imam

Dihalang jadi imam

TINDAKAN memulau seorang penduduk Mesir menyebabkan dia yang berkelayakan tinggi tidak lagi menjadi imam mahupun melaungkan azan. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA amat sedih terhadap nasib menimpa seorang penduduk berasal dari Mesir yang tinggal di Pangsapuri Harmoni, Eco Majestic, Semenyih.

Ini kerana, dia dipulaukan oleh penduduk tempatan daripada bertugas menjadi imam di Surau Al-Firdaus, pangsapuri itu.

Sedangkan, dia dan anak lelakinya adalah individu yang sering datang berjemaah di surau dan secara sukarela melaungkan azan ketika masuk waktu solat, imam harian dan menawarkan kelas fardu ain kepada penduduk setempat.

Kes ini menjadi besar apabila ahli jawatankuasa (AJK) surau yang tidak senang dengan kehadiran dua beranak ini, sehingga sanggup memanggil pihak polis dan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Bagaimanapun, selepas pihak JAIS membuat semakan, lelaki Mesir yang mempunyai kelulusan dalam bidang al-Quran itu pernah memiliki tauliah mengajar agama daripada jabatan itu.

Disebabkan peristiwa pemulauan itu, lelaki Mesir ini dan anaknya mengambil keputusan untuk tidak lagi menjadi imam mahupun melaungkan azan di surau itu.

Insiden ini amat menyedihkan kerana masih ada AJK surau yang bersikap ini.

Saya harap, pihak perbadanan pengurusan Eco World dapat masuk campur dan mencapai suasana harmoni dalam kalangan penduduk.-UTUSAN

EWAN JAHARI
Eco Majestic, Semenyih

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN