SAUDARA PENGARANG, PENGURUSAN asrama sekolah dan pengurusan sekolah sering kali diintegrasikan sebagai satu entiti, namun idea untuk mengasingkan kedua-dua pengurusan ini adalah sesuatu yang wajar dipertimbangkan. Asrama sekolah memerlukan pengurusan khusus yang melibatkan pengurus, penyelia dan warden sepenuh masa. Tugas mereka adalah untuk memastikan penghuni asrama dapat belajar dengan selesa, tanpa ketakutan, menikmati makanan yang seimbang, terlibat dalam aktiviti sosial, menjaga kesihatan dan memastikan asrama yang kondusif. Dengan adanya pengurusan…










