SAUDARA PENGARANG, PEMBANGKANG perlu memainkan peranan yang konstruktif dalam membantu menangani isu kenaikan harga minyak. Tetapi tindakan mereka yang bersikap menghalang dan menyukarkan kerajaan dalam menguruskan isu ini boleh memudaratkan rakyat dan ekonomi negara secara keseluruhan. Sebagai sebuah negara demokratik, perbezaan pendapat antara kerajaan dan pembangkang adalah biasa, tetapi perdebatan haruslah dijalankan secara sihat dan bertanggungjawab. Pertama sekali, pembangkang seharusnya menyediakan alternatif yang praktikal dan berkesan bagi menangani kenaikan harga…










