Pelantikan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung tertangguh lagi

Pelantikan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung tertangguh lagi

MOHAMAD ABD. HAMID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KEBIASAANNYA setiap kali pilihan raya negeri (PRN), pasti juga ada proses watikah pelantikan baharu yang melibatkan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang dikendalikan di bawah urusan pejabat Timbalan Ketua Menteri 1 (TKM1) Pulau Pinang.

Awalnya Datuk Dr. Mohamad Abd. Hamid berjanji yang proses watikah pelantikan baharu itu akan diselesaikan selewat-lewatnya pada Mac lalu tetapi terpaksa ditangguhkan sehingga ke Jun. Apa yang paling mengecewakan menurut satu sumber mengatakan bahawa proses watikah tesebut belum lagi dapat disiapkan dan sekali lagi terpaksa ditangguhkan hingga penghujung tahun.

Jelas ini menunjukkan betapa lemahnya Mohamad kerana dikatakan gagal menyelesaikan urusan yang dianggap agak mudah. Mungkin beginilah keadaannya jika mengangkat seorang pemimpin yang bukan datang daripada jalur politik, mereka pasti akan mendatangkan masalah.

Proses watikah baharu MPKK atau Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) sepatutnya perlu segera diselesaikan bagi memudahkan setiap kawasan mengatur aktiviti atau perancangan baharu yang memberi faedah kepada penduduk komuniti setempat.

Antara peluang yang ditawarkan kerajaan ialah Projek Sejati Madani yang menyediakan peruntukkan sehingga RM100,000. Pun begitu juga Desa Madani memperuntukkan sebanyak RM 7,000.

Sementara UMNO yang sebelum ini dikatakan bermasalah dengan pihak kerajaan pentadbiran negeri Pulau Pinang berjaya mendapat lebih banyak kawasan dengan 365 JKPP atas nama Komuniti Desa Madani seluruh Pulau Pinang.

Oleh itu, sebarang masalah penangguhan proses watikah pelantikan baharu tidak sepatutnya berlaku kerana pentadbiran di bawah Timbalan Ketua Menteri 1 terdahulu tidak pernah berlakunya sebarang kelewatan atau tertangguh selama berbulan-bulan lamanya.

Semua perkara ini bergantung sejauh manakah keupayaan dan kecekapan seseorang Timbalan Ketua Menteri 1 yang dipertanggungjawabkan ke atas dirinya.

Hal ini secara tidak langsung menggambarkan betapa lemahnya pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Inikah yang dikatakan pembangunan dan kemajuan Pulau Pinang 2030 yang hendak direalisasikan nanti?-UTUSAN

PEMERHATI POLITIK BEBAS
Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN