SAUDARA PENGARANG, DALAM persekitaran yang bergejolak, tidak pasti, kompleks dan tidak jelas (VUCA), perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia perlu membangunkan ketahanan organisasi untuk terus berjaya dan berdaya saing. Keadaan VUCA yang dicirikan oleh perubahan yang pantas, ketidakpastian, kerumitan dan kekeliruan memerlukan PKS mengadaptasi strategi dan operasi secara cekap dan berkesan. Kemampuan PKS untuk berubah, berinovasi dan menangani cabaran VUCA akan menentukan daya tahan dan keutuhan dalam menghadapi persekitaran…










