Cubaan main isu Blackrock satu hipokrasi

Cubaan main isu Blackrock satu hipokrasi

URUSAN melibatkan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), kerajaan sebenarnya hanya berurusan dengan Global Infrastructure Partners (GIP) sahaja. – UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KERAJAAN Perikatan Nasional (PN) didakwa yang paling aktif dalam kerjasama dengan Blackrock dahulu dan malah masih ada dalam kalangan mereka yang menerima gaji dari syarikat berkaitan Blackrock. Hari ini mereka menjadi ‘terpaling’ Palestin dan ini menunjukkan hipokrasi tahap tertinggi dalam tindakan mereka.

Perlu dijelaskan bahawa dalam urusan terbaharu melibatkan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), kerajaan sebenarnya hanya berurusan dengan Global Infrastructure Partners (GIP) sahaja. Keputusan ini dibuat oleh Khazanah Nasional Berhad berdasarkan penilaian strategik dan kepakaran profesional untuk memajukan aset negara. Paling ironi sewaktu mereka berkuasa, dana syariah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak AS$600 juta (sekitar RM 2.43 bilion) diserahkan kepada Blackrock, tiada pula bantahan daripada mereka ketika itu.

Hakikatnya, kekejaman Zionis Israel adalah isu yang melatari dunia sejak berdekad-dekad lamanya, begitu juga dengan penglibatan perniagaan Blackrock dengan Amerika Syarikat (AS) dan Israel. Mengapa waktu itu nada mereka berbeza?

Justeru, kami mencabar PN nyatakan pendirian mereka secara rasmi dan melepaskan sebarang jawatan dan kontrak yang berkaitan dengan Blackrock jika benar-benar komited dengan pendirian mereka.

Sebagai contoh, Khairy Jamaluddin, jika beliau benar-benar menentang penglibatan Blackrock, beliau juga harus melepaskan sebarang jawatan dan kontrak yang berkaitan dengan syarikat tersebut, jika ia benar sebagaimana dakwaan orang ramai. Ini akan menunjukkan konsistensi dan komitmennya terhadap prinsip yang beliau nyatakan.-UTUSAN

AMMAR ATAN
Ketua Penerangan Angkatan Muda Harapan
Naib Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Nasional

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN