SAUDARA PENGARANG, MENGAMBIL kira keadaan ekonomi semasa dan kos sara hidup pada ketika ini, pemimpin negara dan semua pegawai kerajaan tidak perlu membuang masa, tenaga dan duit untuk mengembara ke luar negara semata–mata untuk bertemu atau bermesyuarat dengan mana–mana pihak secara semuka. Dengan pelbagai kemudahan teknologi pada ketika ini, proses perbincangan dan mesyuarat boleh dilakukan dengan mudah melalui secara dalam talian. Cara ini sudah berjaya diamalkan selama dua tahun ketika…










