WAKIL rakyat di negara kita digelar sebagai Yang Berhormat(YB) dan mereka berperanan menjadi suara rakyat sama ada dalam Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN).
Namun, mereka lebih berperanan sebagai pekerja masyarakat yang menawarkan perkhidmatan dan membangunkan sesuatu komuniti.
Contohnya, jika terdapat seorang penduduk menghadapi kesukaran hidup, maka dia boleh mencari bantuan daripada YB di kawasannya. Kebanyakan YB juga sentiasa muat naik gambar-gambar mereka tengok longkang sebagai bukti menjalankan kerja pemantauan dalam sesuatu projek.
Tetapi,terdapat juga sesetengah wakil rakyat yang kurang menjalankan tugas sebagai penawar perkhidmatan dan pembangun komuniti. Mereka hanya akan berjumpa dengan penduduk lima tahun sekali untuk mendapatkan sokongan.
Namun begitu,apabila wakil rakyat yang berprestasi sebegini dikritik masyarakat, terdapat penyokong-penyokongnya yang akan mempertahankannya dengan ungkapan ‘penawar perkhidmatan dan pembangun komuniti adalah tugas ahli-ahli kerajaan tempatan,,tugas YB hanya mewakili suara rakyat dalam dewan perundangan’.
Kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri akan memberikan peruntukan kepada setiap ahli Parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada setiap tahun untuk kegunaan sekolah, tempat keagamaan serta bantuan kepada golongan kurang mampu.
Wakil rakyat bukan semata-mata berperanan dalam dewan perundangan,malah juga berperanan pembantu rakyat dan pembangun komuniti.
YB lebih bertanggungjawab dalam penawaran khidmat dan pembangunan komuniti berbanding dengan ahli-ahli kerajaan tempatan kerana elaun bagi YB adalah lebih tinggi. Tambahan pula,ahli-ahli kerajaan tempatan tidak akan menerima apa-apa peruntukan daripada kerajaan.
Kesimpulannya,,jangan sesekali membantu YB-YB lari dari tanggungjawab mereka kerana ia memang akan memperoleh peruntukan atas kegunaan komuniti.
Wakil rakyat di negara-nagara lain yang mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen seperti British,,Jepun dan Australia mungkin memang hanya berperanan perwakilan rakyat dalam dewan perundangan kerana mereka tiada sistem peruntukan kepada ahli-ahli dewan. Keadaan ini berbeza dengan negara kita.-UTUSAN
TEO WEI HONG
Batu Pahat, Johor










