PBT perlu ganti papan tanda baharu

PBT perlu ganti papan tanda baharu

SEKIRANYA papan tanda tersebut berada dalam keadaan berlumut mahupun lusuh, orang ramai pasti merasa kurang keyakinan terhadap keberkesanan serta tadbir urus PBT berkenaan. – KAMARUDDIN HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PAPAN tanda yang disediakan oleh mana-mana pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menunjukkan arah sesuatu premis hendaklah jelas dan sempurna.

Malah, salah satu daripada tanggungjawab hakiki sesebuah PBT adalah menjaga aset-aset supaya berada dalam keadaan baik, tidak cacat ataupun sakit mata memandang.

Sekiranya papan tanda tersebut berada dalam keadaan berlumut mahupun lusuh, maka orang ramai pasti merasa kurang keyakinan terhadap keberkesanan serta tadbir urus PBT berkenaan.

Justeru, saya ingin menggesa agar pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) supaya membaik pulih papan tanda yang kurang sempurna ini. Setelah membuat tinjauan, saya mendapati bahawa aset ini terletak di tiga lokasi di Bandar Raya Shah Alam. Dua buah terletak di Jalan Nuri 6/1, Seksyen 6 dan sebuah lagi terletak di Persiaran Dato Menteri, berhampiran dengan Bulatan Mestika.

Papan tanda itu memaparkan arah ke Pasar Besar Seksyen 6, iaitu sebuah pasar basah yang sangat popular di bandar raya ini.

Sejujurnya, saya memerhatikan situasi aset-aset tersebut sejak setahun yang lalu. Buat permulaan, saya telah menghantar mesej pada MBSA pada 29 Februari dan 9 Mac lalu. Namun tiada apa-apa respons atau tindakan yang diambil oleh pihak MBSA.

Maka, dengan tersiarnya aduan tentang kecacatan papan tanda tersebut di ruangan Forum ini, adalah diharapkan MBSA dapat mengambil tindakan positif dengan segera, demi kebaikan bersama.-UTUSAN

KAMARUDDIN HASSAN
Seksyen 8, Shah Alam

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN