Kerajaan patut buat rakyat percaya pemberi maklumat dilindungi

Kerajaan patut buat rakyat percaya pemberi maklumat dilindungi

UNDANG-UNDANG dan sokongan keselamatan yang adil perlu diberikan kepada pemberi maklumat berkaitan rasuah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

RASUAH, rasuah…di mana, oleh siapa dan bila ia bermula adalah soalan yang tidak dapat dijawab. Tetapi mereka yang mengamalkan amalan kotor ini merebak seperti barah dan muncul sebagai masalah utama yang memberi kesan kepada masyarakat hari ini.

Mereka juga menjadi batu penghalang kepada pembangunan dan kemajuan, bermula daripada rakyat kepada negara. Rasuah memberi kesan kepada setiap individu dan menjalar jauh ke dalam akar masyarakat.

Jika mahu menghapuskan rasuah yang meresap masuk ke dalam masyarakat, ia tidak dapat dilakukan dalam masa sehari. Amalan rasuah boleh dibasmi apabila ada kerjasama antara individu dan kerajaan. Ini bermakna, setiap pejabat kerajaan hendaklah mempunyai papan kenyataan tentang undang-undang dan bilangan hari bagi setiap perkhidmatan selain mempunyai nombor aduan dan alamat berkaitan rasuah.

Terdapat banyak undang-undang yang kuat tetapi ia tidak dikuatkuasakan. Selain itu, undang-undang baharu juga perlu digubal. Ini kerana mereka yang ditangkap disebabkan kesalahan rasuah bermungkinan cenderung mengulangi tabiat lama.

Rakyat usah takut untuk melaporkan aktiviti rasuah walaupun ia melibatkan menteri atau golongan kenamaan. Undang-undang dan sokongan keselamatan yang adil perlu diberikan kepada pemberi maklumat. Ini membolehkan orang ramai melaporkan amalan rasuah yang berlaku di sekeliling mereka.

Kerajaan sepatutnya membuat orang ramai percaya yang mereka akan dilindungi sekiranya mendedahkan maklumat kesalahan rasuah selain menyakinkan mereka bahawa 80 peratus rasuah akan terkawal jika kerajaan mengambil tindakan sewajarnya terhadap perasuah dan mereka yang menyokong tindakan pegawai yang mengambil rasuah.

Untuk menjadi negara yang bebas rasuah, sikap orang awam mesti berubah. Itulah asasnya. Sentiasa berpegang untuk tidak mengambil rasuah bagi sebarang kerja.

Begitu juga jangan mengundi apabila dijolok dengan wang ringgit. Kita harus bertindak tekad untuk menghapuskan rasuah.-UTUSAN

N.V.SUBBAROW
Pegawai Pendidikan Kanan
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN