Jaga UiTM, terus pertahan hak Melayu dan bumiputera

Jaga UiTM, terus pertahan hak Melayu dan bumiputera

Palapes UiTM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEKALI lagi kedudukan Universiti Teknologi Mara (UiTM) digoncang apabila wujud desakan untuk membuka peluang pengajian kepada bukan bumiputera sehingga menimbulkan pelbagai reaksi.

Ada yang menyokong idea untuk membuka peluang kepada semua bangsa sementara yang lain bimbang kesannya terhadap hak dan keistimewaan orang Melayu dan bumiputera. Prinsip universiti yang dijadikan tiang asas seperti termaktub dalam Akta UiTM 1976 (Akta 173) dan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan pula dijadikan isu sehingga menimbulkan perdebatan dalam kalangan banyak pihak.

Penting untuk memahami bawah perlindungan hak orang Melayu dan bumiputera tidak bermakna menafikan peluang kepada bangsa lain. Sebaliknya, ia sebagai bentuk pengiktirafan terhadap keperluan khusus yang dimiliki oleh golongan ini hasil daripada konteks sejarah dan sosioekonomi negara.

Walaupun pandangan tersebut mempunyai nilai positif namun perlu diambil kira bahawa terdapat pelbagai institusi pengajian tinggi awam (IPTA) mahupun swasta di Malaysia yang sudah membuka peluang kepada golongan bukan bumiputera.

Dalam konteks ini UiTM masih mengekalkan peranan unik sebagai institusi yang memberi fokus kepada pembangunan akademik dan insaniah bumiputera. Pembukaan kepada pelajar bukan bumiputera boleh membawa implikasi terhadap aspek seperti kuota kemasukan pelajar dan penyesuaian kurikulum. Ini akan memberi kesan kepada kualiti pendidikan yang ditawarkan UiTM.

Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM, Prof. Emeritus Datuk Dr. Raduan Che Rose turut menegaskan pendirian bahawa akan terus mempertahankan pendirian universiti selagi mana Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan masih wujud.

Penting untuk mengekalkan dasar universiti bagi menjaga kesinambungan dan keberkesanan UiTM sebagai institusi pendidikan tinggi yang memberi penekanan kepada pembangunan kaum bumiputera. Ini termasuklah memastikan pelajar yang diterima adalah daripada kalangan yang memerlukan, mendapat sokongan padu sepanjang tempoh pengajian dan memastikan graduan mempunyai kemahiran yang relevan untuk menyumbang kepada pembangunan negara.

Dengan pemahaman sejarah, pegangan dan hala tuju universiti dapat dipastikan UiTM terus berperanan secara efektif dalam menaikkan kualiti pendidikan dan pembangunan negara.-UTUSAN

NOEL ENTILI
Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN