SAUDARA PENGARANG, TAMAN Tasik Metropolitan yang mempunyai kemudahan serba lengkap menerima kehadiran pengunjung agak ramai terutama ketika hari minggu. Namun ada segelintir pengunjung tiada kesedaran sivik apabila dengan sesuka hati meletak kenderaan di tempat meletak motosikal, sedangkan sudah dibina parkir bertingkat. Tindakan sedemikian pastinya menyusahkan dan memberi masalah kepada mereka yang bermotosikal. Untuk pengetahuan pembaca dan pihak berkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), aduan secara lisan telah dibuat terhadap pengawal…










