SAUDARA PENGARANG, DI Malaysia, isu penghinaan terhadap agama Islam adalah satu perkara yang sangat sensitif dan berpotensi merosakkan perpaduan nasional. Memandangkan Islam merupakan agama Persekutuan dan dianuti oleh lebih daripada separuh populasi penduduk negara ini, tindakan menghina atau mencemarkan agama Islam boleh menimbulkan kemarahan dan protes dari umat Islam atau majoriti penduduk Malaysia. Masalah penghinaan terhadap agama Islam di media sosial masih belum dapat diselesaikan dengan baik melalui sistem perundangan…










