Taji kuku Harimau Malaya terus tumpul

Taji kuku Harimau Malaya terus tumpul

HARIMAU Malaya masih berpeluang untuk kelayakan Piala Asia 2027 di Arab Saudi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

HARIMAU Malaya gagal bangkit selepas kekalahan pada aksi pertama perlawanan secara timbal balik pada 22 Mac di tempat lawan dan 26 Mac lalu di tempat sendiri.

Malah pemain Harimau Malaya buntu untuk menjana idea bagi mendapatkan keputusan seri atau mengutip satu mata. Bukan itu sahaja persembahan yang dipamerkan anak buah Kim Pan Gon kurang bermaya serta lebih banyak bermain secara individu dan melepaskan beberapa peluang untuk menghasilkan jaringan.

Apa yang dikesalkan ‘penyakit’ lama masih kerap berulang, asyik sahaja hilang fokus yang menyebabkan pintu gol berjaya dibolosi di minit-minit-minit akhir permainan.

Peminat bola sepak tempatan mengharapkan Harimau Malaya dapat melakukan come back sepertimana perlawanan semasa menentang Kyrgyzstan. Sebaliknya perlawanan menentang Oman seolah-olah seperti menonton latihan bola sepak di waktu petang.

Ini kerana pemain dilihat tiada semangat juang yang tinggi. Selain kurangnya perlawanan kompetetif atau kerana belum bermulanya Liga Bolasepak Malaysia (MFL) ternyata memberikan kesan besar kepada kecergasan pemain-pemain yang akhirnya mengecewakan peminat bola sepak tempatan.

Mungkin agaknya pemain-pemain Harimau Malaya belum benar-benar kelihatan cergas untuk bermain atau menyimpan tenaga sebagai persediaan kejohanan domestik pada April nanti. Lagipun pasukan dari negara Arab seperti Oman sememangnya berada di kelasnya tersendiri dan begitu sukar untuk pemain Harimau Malaya memenangi bola lebih-lebih lagi berdepan penjaga gol yang tinggi lampai.

Makanya, peluang masih tinggal hanya untuk kelayakan Piala Asia 2027 di Arab Saudi, itupun jika sekiranya Harimau Malaya layak.

Justeru, dengan berbaki dua perlawanan lagi untuk menentukan kedudukan atau nasib pasukan Harimau Malaya dan juga Kim Pan Gon perlu melakukan sesuatu dengan syarat membawa misi wajib menang pada bulan Jun ini bagi menghidupkan peluang sama ada layak ataupun tidak ke pusingan ketiga prakelayakan Piala Dunia dan Piala Asia.-UTUSAN

MUZAKKIR HARON
Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×