Syarikat insurans ‘agensi’ penting kurangkan risiko kemalangan

Syarikat insurans ‘agensi’ penting kurangkan risiko kemalangan

SYARIKAT insurans memainkan peranan penting dalam mempromosikan keselamatan jalan raya sekali gus membantu mengurangkan risiko kemalangan jalan raya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SYARIKAT insurans memainkan peranan penting dalam mempromosikan keselamatan jalan raya dan mereka perlu terlibat secara aktif dalam kempen keselamatan. Ini adalah langkah proaktif yang tidak hanya memberi manfaat kepada pelanggan tetapi juga masyarakat secara keseluruhannya.

Contoh yang boleh diambil adalah dengan memberi ganjaran kepada pelanggan yang memperbaharui insurans kenderaan dengan beberapa biji kon boleh laras yang amat berguna jika berlaku kecemasan seperti kerosakan kenderaan.

Syarikat insurans juga boleh membantu meningkatkan kesedaran keselamatan dengan menyediakan stiker seperti ‘Kita perlu bersabar’ yang boleh ditampal di cermin belakang kenderaan. Stiker ini boleh mengandungi mesej yang mengingatkan pemandu untuk bersabar dan berhati-hati semasa memandu sekali gus mengurangkan risiko kemalangan.

Ia juga boleh membantu dalam mencipta budaya keselamatan jalan raya yang lebih baik.

Di samping itu, syarikat insurans juga boleh memainkan peranan yang lebih besar dalam memberi sumbangan kepada kempen keselamatan jalan raya yang sedia ada atau mengadakan kempen sendiri. Ini termasuk penyediaan dana bagi kempen pendedahan awam, kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk meningkatkan infrastruktur jalan raya selain menyediakan latihan keselamatan pemanduan kepada pelanggan.

Dengan ini, syarikat insurans bukan sahaja memenuhi tanggungjawab sosial korporat tetapi juga membantu mencapai objektif keselamatan jalan raya yang lebih besar.

Kesimpulannya, syarikat insurans mempunyai peranan penting dalam mempromosikan keselamatan jalan raya dan perlunya mereka terlibat secara aktif dalam kempen keselamatan.

Langkah ini bukan sahaja memberi manfaat kepada pelanggan dan masyarakat, tetapi juga kepada syarikat insurans itu sendiri dalam jangka masa panjang.-UTUSAN

AZIZUL AZUDIN AZIZUL RAHMAN
Shah Alam

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN