SAUDARA PENGARANG, Tidak dapat dinafikan bahawa senyuman itu penting dalam kehidupan seharian. Dengan keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu, kos sara hidup yang meningkat dan ditambah lagi dengan ketidakstabilan yang sedang berlaku di Timur Tengah, senyuman dapat memberikan sedikit kelegaan pada tekanan yang sedang dialami oleh semua pihak. Baru–baru ini seorang pengguna TikTok, Max Petrovsckii meluahkan perasaannya tentang rakyat Malaysia. Dia menjelaskan bahawa rakyat Malaysia kurang senyum antara satu sama…










