SAUDARA PENGARANG, INDUSTRI halal merupakan salah satu pemangkin ekonomi negara yang berpotensi besar untuk terus berkembang. Industri halal memainkan peranan penting dengan memberi peluang untuk memperluaskan pasaran eksport, meningkatkan pendapatan negara, memajukan sektor perniagaan tempatan, mencipta peluang pekerjaan, mempromosikan kesihatan dan kesejahteraan masyarakat serta memperkukuhkan imej Malaysia sebagai hab halal global. Malaysia kini dilihat sebagai peneraju utama dalam industri halal global dengan ekosistem perniagaan halal yang teratur dan menjadi pemangkin…










