SAUDARA PENGARANG,
Sebenarnya banyak lagi peralatan elektrik boleh menyebabkan renjatan elektrik, bukan sahaja plug dan pengecas telefon. Justeru, orang ramai perlu ambil tahu beberapa cara untuk mengelak dari terkena renjatan elektrik. Antaranya:
• Elak dari menyentuh peralatan elektrik dengan tangan yang basah.
• Segera baiki peralatan elektrik yang rosak (jangan baiki sendiri jika tidak mahir).
• Elak menyambung terlalu banyak peralatan elektrik pada satu soket.
• Jangan pegang wayar hidup dengan tangan.
• Laporkan sebarang keadaan bahaya.
• Pastikan suis peralatan elektrik dimatikan jika tidak digunakan.
• Elak menggunakan peralatan elektrik yang bermutu rendah.
• Jangan lakukan penyambungan soket ke soket.
• Elakkan bermain di kawasan pencawang elektrik.
• Jangan biarkan pendawaian peralatan elektrik terdedah kepada seperti wap, tekanan, haba dan wayar digigit tikus.
Kami sangat hargai usaha-usaha yang dilakukan pihak Tenaga Nasional Berhad untuk menurunkan kadar kemalangan renjatan elektrik di negara kita.-UTUSAN
BULBIR SINGH
Bekas Presiden Persatuan Pengguna Negeri Sembilan










