Sampai bila mahu kutip buah sawit cara manual?

Sampai bila mahu kutip buah sawit cara manual?

PIHAK berwajib sewajarnya mampu membuat penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan mencipta mesin atau jentera yang boleh memanjat, memotong buah sawit dan terus dibawa masuk ke dalam lori.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BARU-BARU ini sebuah akhbar tempatan melaporkan mengenai industri tanaman sawit mengalami kerugian sehingga lebih RM700 juta untuk tempoh awal 2024 sahaja akibat buah kelapa sawit tidak dipetik dan menjadi busuk serta gugur begitu sahaja.

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menyatakan perkara ini berpunca dari kekurangan tenaga kerja buruh di ladang kelapa sawit.

Bagi perladangan besar-besaran, perkara sebegini amat tidak wajar berlaku lebih-lebih lagi pihak berkaitan adalah pemaju dan mungkin juga perladangan melibatkan pemegang saham atau pemilik individu yang diusahakan oleh agensi kerajaan negeri atau Kerajaan Persekutuan.

Pihak berwajib sewajarnya mampu membuat penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan mencipta mesin atau jentera yang boleh memanjat dan pemotong buah sawit, terus memuat masuk ke dalam lori.

Dan jentera ini lebih fleksibel dan boleh di gunakan di mana-mana bentuk muka bumi. Jentera yang telah di reka cipta setakat ini antaranya berfungsi untuk mengutip buah sawit yang di longgok atas tanah, sedangkan tenaga yang banyak diperlukan untuk kerja-kerja memotong buah sawit di pokok yang semakin tinggi. Sepatutnya jentera ini boleh memotong dan terus memuat masuk buah ke dalam lori dan sebagainya.

Bilakah agaknya negara kita mampu mereka cipta alat atau mesin memunggah buah sawit menggunakan conveyer atau pemunggah bergerak yang boleh di alih dari satu tempat ke tempat yang lain dan boleh di sambung?

Sementara lori hanya menunggu di satu lokasi statik di jalan utama sahaja. Walaupun rupa bentuk muka bumi ladang di negara ini pelbagai dan mungkin memerlukan R&D yang lama untuk mereka cipta jentera yang sesuai. Apa yang penting sepatutnya industri perladangan sawit menambah moden dengan cara mengurangkan pergantungan kerja kepada tenaga manusia, lebih-lebih lagi tenaga kerja asing.-UTUSAN

TEROPONG DO RE MI
Setapak, Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN