SAUDARA PENGARANG, TEMPOH pembelajaran di sekolah menengah agama seharusnya dilanjutkan kepada enam tahun bagi memberi tumpuan kepada pembelajaran agama sepanjang tempoh ini, sambil memberi peluang yang mencukupi untuk pembelajaran subjek asas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun kelima dan keenam. Semasa di tingkatan empat, adalah penting bagi pelajar untuk memberi tumpuan kepada pembelajaran subjek agama. Ini adalah tempoh penting dalam perkembangan rohani dengan asas keimanan dan pemahaman agama harus ditanamkan…










