SAUDARA PENGARANG, BEBERAPA pakar kesihatan mendakwa pelbagai jenis minuman yang dijual di bazar Ramadan atau di tepi jalan mengandungi jumlah gula yang agak tinggi selain terdapatnya kandungan lemak tepu berlebihan. Pengambilan minuman manis itu boleh menyumbang kepada risiko diabetes. Kebiasaannya diabetes dialami oleh mereka yang berumur 60 tahun dan ke atas tetapi kini tidak lagi kerana seawal usia 20-an pun boleh mengidap penyakit itu sekiranya mengambil ringan soal pemakanan dan…