SAUDARA PENGARANG, PERCUTIAN kami sekeluarga baru-baru ini ke Cameron Highlands sempena cuti sekolah dan perlu menempuh perjalanan yang amat membosankan dan ia diburukkan lagi dengan keadaan permukaan jalan yang berlubang-lubang. Entah berapa lama keadaan jalan itu dibiarkan tanpa dilakukan apa-apa pembaikan. Tanpa sedar, keadaan jalan yang tidak memuaskan itu boleh mengundang bahaya kepada pelancong memandang lokasi itu tidak pernah sunyi dengan pengunjung. Umum mengetahui pada hujung minggu atau musim cuti…











