Naik taraf jalan Bera, Jerantut ke LPT1

Naik taraf jalan Bera, Jerantut ke LPT1

PEMBINAAN jalan empat lorong dengan sedikit tinggi dari paras banjir dapat menyelesaikan masalah kesesakan dan banjir di bandar Temerloh, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BERA dan Jerantut di Pahang merupakan daerah yang terletak di bahagian tengah arah Barat Pahang. Oleh kerana, Pahang sangat luas, kedua-dua daerah ini akan melalui Temerloh dan Bandar Temerloh untuk ke Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), yang mana kenderaan dari daerah berkenaan akan memasuki Tol Temerloh untuk ke Kuala Lumpur dan Kuantan.

Di musim- musim tertentu bilangan kenderaan dari Bera melalui Pusat Bandar Temerloh untuk ke LPT1 akan meningkat dan menyebabkan jalan utama di bandar Temerloh sesak. Begitu juga kenderaan dari Jerantut melalui Pekan Kuala Krau, Pekan Kerdau untuk ke destinasi ke arah Barat (Kuala Lumpur) dan Timur (Kuantan dan lain-lain) juga akan meningkat.

Sesuai dengan saranan Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob beberapa tahun lepas supaya Jalan Temerloh-Bera dinaik taraf bagi mengurangkan kesesakan di Pusat Bandar Temerloh, maka lebih elok jika dibina jalan raya baharu dengan empat lorong dari bandar Bera menuju ke Tol LPT 1.

Pada pendapat saya, elok jika jalan baharu itu dibina bermula dari Kampung Mengkarak atau Simpang Kampung Kuala Bera/Paloh Hinai Pekan, atau dari Simpang Mengkarak Stesen melalui jajaran belakang kampung-kampung Belenggu Kampung Lebak dan jauh sedikit dari jajaran Sungai Pahang (jalan pintasan) dan di bina lebih tinggi dari aras banjir. Mungkin anggaran jaraknya 25 kilometer (km) sahaja tanpa perlu memasuki Pusat Bandar Temerloh, iaitu terus ke Jalan Pintas Bandar Mentakab-Bandar Temerloh berhampiran kawasan Industri Temerloh/Mentakab.

Faedah sampingan lain ialah ia boleh dijadikan jalan pilihan jika berlaku banjir. Kita dapat elakkan banjir besar seperti mana pada tahun 1971, 2014 dan 2021.

Pun begitu, pastikan kerja menaik taraf tidak mengabaikan struktur jalan supaya lebih tinggi dari aras banjir yang berlaku sebelum ini. Ini perlu agar dapat mengurangkan risiko kawasan itu ditenggelami air hujan yang begitu kerap berlaku.-UTUSAN

CICIT AKI BAJI
Mentakab, Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN