SAUDARA PENGARANG,
Malaysia bakal menjangkau 67 tahun kemerdekaan pada tahun ini tetapi politik negara masih lagi berada pada tahap sama.
DAP yang juga sudah lama wujud di negara ini yang juga merupakan parti politik dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Kerajaan Perpaduan nampaknya semakin berani berkata-kata walaupun menyedari ia melanggar undang-undang negara.
Apa yang pelik dan hairan ialah apabila parti itu mencipta masalah, UMNO pula bertindak membalas kenyataan, sementara ahli-ahli Melayu PKR pula menyanggah UMNO. Ini memberi gambaran bahawa apa jua yang diperkatakan oleh DAP, tidak boleh dipertikaikan oleh orang Melayu-Islam demi nama perpaduan dalam kerajaan ini.
Adakah ini juga memberi gambaran bahawa Melayu dan Islam tiada tamadun dan martabat yang perlu dipertahankan, walaupun ketika berdepan apa jua serangan dari mana-mana pihak?
Jadi, apa makna perkataan Malaysia sekiranya bukan lagi Tanah Melayu?-UTUSAN
TEROPONG JAUH
Jerantut, Pahang










