SAUDARA PENGARANG, TEORI kewangan tradisional membayangkan bahawa pelabur sentiasa membuat pertimbangan logik yang disokong pengetahuan yang komprehensif. Walau bagaimanapun, kewangan tingkah laku berpendapat bahawa pelabur dipengaruhi emosi dan batasan kognitif mereka (Almansour & Arabyat, 2017). Ini bermakna memilih sektor dan kawasan khusus untuk melabur adalah aspek paling mencabar dalam membuat keputusan. Keputusan pelaburan perlu mempertimbangkan kadar pulangan, toleransi risiko, keadaan pasaran dan lain-lain apabila membina portfolio pelaburan. Kewangan tingkah laku…










