Jangan sampai lupakan al-Quran

Jangan sampai lupakan al-Quran

DENGAN menjadikan al-Quran sebagai sahabat dalam kehidupan dunia, umat Islam meyakini bahawa mereka dapat mencapai keberhasilan di dunia dan akhirat. – UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

RAMAI yang semakin melupakan sahabat yang dapat menjaga serta membimbing ke jalan yang benar iaitu jalan yang dapat menarik rahmat serta reda Allah.

Bukan sahaja di dunia bahkan dapat menyelamatkan kita dari azab dan meraih kejayaan hakiki ketika mana kita melepaskan nafas terakhir di dunia.

Sahabat itu adalah al-Quran yang menjadi salah satu mukjizat Nabi Muhammad dan satu keistimewaan yang besar bagi umat akhir zaman.

Dalam al-Quran terkandungnya setiap jawapan dan penyelesaian merangkumi setiap aspek kehidupan seperti moral, etika, hukum dan spiritual.

Contohnya dalam Surah Al-Isra’, Allah memerintahkan supaya menghormati kedua ibu dan bapa dan berbuat baik kepada mereka.

Dalam Surah Al-Baqarah diberitahu kepada mereka yang ingin hajat mereka diperkenankan bahawa Allah dekat dengan hambanya dan Dia mengabulkan hajat bagi hamba-hamba yang berdoa kepadanya.

Dalam ayat yang sama juga, Allah memerintahkan kita supaya selalu beriman dengannya agar selalu berada dalam kebenaran.

Sebaik sahaja seseorang dikebumikan maka setiap keluarga dan sahabat mereka akan meninggalkan mereka. Satu-satunya yang akan menemani kita adalah al-Quran.

Al-Quran akan datang kepada orang selalu membacanya dalam bentuk seorang lelaki dan akan berkata “Akulah yang menyebabkan engkau bangun malam dan menyebabkan engkau dahaga di siang harimu”.

Dengan menjadikan Al-Quran sebagai sahabat dalam kehidupan dunia, umat Islam meyakini bahawa mereka dapat mencapai keberhasilan di dunia dan akhirat.

Pembacaan, pemahaman, dan pengamalan ajaran-ajaran al-Quran adalah kunci untuk mendapatkan petunjuk dalam menjalani kehidupan ini dan meraih kebahagiaan dan ketenangan abadi di akhirat yang tiada penghujungnya. – UTUSAN

ZUBAIR ISKANDAR
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN