Faham betul-betul keputusan Lembaga Pengampunan

Faham betul-betul keputusan Lembaga Pengampunan

KEPUTUSAN Lembaga Pengampunan perlu difahami agar tidak berlakunya salah faham dalam kalangan orang ramai. – UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEBARANG keputusan yang dibuat oleh Lembaga Pengampunan perlu dihormati oleh semua pihak kerana ia sebahagian daripada proses dan prosedur yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

Proses pengampunan wujud di semua negara. Ia satu bentuk hak yang diberikan oleh kerajaan sesebuah negara terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah dan dijatuhi hukuman. Selalunya pengampunan ini diberikan atas sebab perikemanusiaan dan rasa simpati terhadap diri penjenayah yang mempamerkan keinsafan di atas kesalahan yang dilakukan.

Penting untuk diketahui, di Malaysia, kita memiliki Kanun Tatacara Jenayah atau Kanun Prosedur Jenayah atau lebih dikenali sebagai Akta 593. Ia adalah peruntukan perundangan yang menjadi panduan utama dalam kes-kes perbicaraan jenayah. Segala proses perbicaraan jenayah yang dilakukan adalah berpandukan peruntukan perundangan ini.

Prosedur perundangan jenayah akan bermula daripada pelaporan mengenai sesuatu kejadian jenayah kepada pihak polis, proses penyiasatan dan kemudiannya proses perbicaraan di mahkamah sehingga pelaku jenayah dihukum dengan setimpalnya atas perbuatan mereka.

Sekiranya, pihak yang telah didapati bersalah tidak berpuas hati terhadap keputusan yang telah ditetapkan, undang-undang negara kita juga membenarkan mereka membuat proses rayuan di peringkat mahkamah yang seterusnya.

Dalam negara kita, mana-mana pihak yang ingin mengemukakan rayuan boleh merayu ke Mahkamah Rayuan hingga Mahkamah Persekutuan iaitu mahkamah tertinggi dalam negara.

Pihak yang terlibat juga boleh melakukan proses semakan kehakiman dan berusaha untuk mendapatkan Pengampunan Diraja.

Ini penting supaya rakyat dapat memahami dengan jelas terhadap keputusan yang telah diambil. Proses penjelasan ini juga penting supaya tidak berlakunya salah faham dalam kalangan orang ramai terhadap keputusan pengampunan yang telah diambil. – UTUSAN

PROFESOR MADYA DR. MUZAFFAR SYAH MALLOW
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN