Bersyukurlah jikamasih ada ibu bapa

Bersyukurlah jika masih ada ibu bapa

SEBAGAI anak seharusnya sentiasa bersyukur kerana dikurniakan ibu dan ayah yang menjaga kita dengan sangat baik tanpa mengharapkan sedikitpun balasan. – UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

IBU dan ayah merupakan insan yang sangat penting dalam kehidupan kita kerana jasa dan pengorbanan mereka tidak ternilai.

Ibu, seorang insan yang bersusah payah mengandung selama sembilan bulan 10 hari, melahirkan dan menjaga kita tanpa mengenal erti susah payah. Ayah, seorang insan yang sanggup menggunakan tenaga empat keratnya melebihi kudrat semata-mata untuk mencari nafkah supaya keluarganya sentiasa berada dalam keadaan yang selesa. Oleh hal yang demikian, tiada sebab sebagai seorang anak untuk menidakkan sedikit pun kewajipan berbuat baik terhadap ibu dan ayah.

Tidak dilupakan juga, kita ditegah sama sekali untuk bercakap kasar seperti berkata ‘ah’ atau mengeluarkan kata-kata yang dapat mengguris hati kedua ibu bapa. Oleh sebab itu, agama Islam meletakkan ibu bapa di tempat yang tinggi dalam hubungan kekeluargaan. Kita seharusnya sentiasa bersyukur kerana dikurniakan ibu dan ayah yang menjaga kita dengan sangat baik tanpa mengharapkan sedikitpun upah mahupun balasan sedangkan mereka bagai menatang minyak yang penuh terhadap anak-anaknya.

Ibu dan ayah sentiasa mahukan yang terbaik buat kita, buktinya,mereka tidak pernah berkira masa dan wang ringgit demi bersama anak-anak. Setiap kisah dalam perjalanan hidup kita diwarnai oleh sentuhan kasih sayang yang mengajar tentang cinta, kesabaran dan kebijaksanaan melalui pengalaman mereka sendiri. Begitu banyak kisah kejayaan yang kita raih adalah hasil daripada dorongan mereka yang tidak pernah berhenti dan setiap kegagalan dijadikan pengajaran berharga untuk membentuk keperibadian kita.

Oleh hal yang demikian, sebagai seorang anak maka, wajiblah membalas segala jasa mereka, walaupun pada hakikatnya jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan tidak terhitung banyaknya.

Kita wajar menjadikan kisah Uwais al-Qarni, seorang pemuda yang menggendong ibunya dari Yaman ke Mekah sebagai inspirasi.

Buat mereka yang telah kehilangan ibu mahupun ayah, ingatlah bahawa kita masih lagi boleh berbakti kepada mereka.-UTUSAN

AINUL MARDHIAH MOHD. SHOKRI
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×