SAUDARA PENGARANG, KEMARAHAN adalah emosi yang normal, sama seperti kesedihan atau kegembiraan. Merasai kemarahan bukanlah masalah kesihatan mental. Walau bagaimanapun, kemarahan yang berlebihan atau ketidakupayaan untuk mengawal kemarahan boleh menjadi masalah kerana ia boleh mengaburkan kebolehan kita untuk menilai dan membuat keputusan seperti biasa. Ledakan kemarahan boleh memberi kesan yang ketara dalam pelbagai aspek hidup seseorang itu, termasuklah merosakkan hubungan kita dengan orang lain atau dikenakan tindakan undang-undang seperti didakwa…










