Sijil kemahiran semakin laku?

Sijil kemahiran semakin laku?

KEMAHIRAN praktikal lebih diberi keutamaan dalam pasaran kerja pada zaman sekarang. – UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

ERA persaingan globalisasi menunjukkan belia semakin terbuka memilih untuk mengejar latihan kemahiran daripada melanjutkan ke institusi pengajian tinggi (IPT).

Terdapat beberapa faktor antaranya termasuklah minat, bakat dan keperluan pasaran kerja kerana kemahiran praktikal lebih diberi keutamaan dalam pasaran kerja kerana kecekapan yang mereka peroleh tidak dapat dinafikan lebih sejajar dengan tuntutan pelbagai pekerjaan.

Ia jelas didorong oleh pemahaman mendalam tentang keperluan pasaran pekerjaan semasa dan kelebihan melalui kebolehan praktikal kepada mereka, mengenal pasti peluang pekerjaan lebih baik dalam sektor industri atau perniagaan tertentu.

Namun, beban kewangan menjadi salah satu faktor dominan belia memilih untuk mengasah kemahiran daripada melanjutkan pelajaran ke IPT. Ada belia tidak berkemampuan untuk menampung kos pendidikan tinggi. Dengan memilih bidang kemahiran dapat menjadi langkah bijak untuk menghormati kewangan keluarga dan menghindari stres kewangan berlarutan.

Malang sekali, masih terdapat segelintir masyarakat yang menganggap nilai kemahiran lebih rendah daripada akademik. Belia juga sering menghadapi tekanan dari ibu bapa dan guru mereka yang menggesa mereka untuk melanjutkan pelajaran dalam alam pengajian tinggi di IPT.

Kepercayaan konvensional bahawa ijazah skolastik melambangkan pencapaian cemerlang mungkin secara tidak sengaja memaksa belia untuk akur dengan kehendak ibu bapa tanpa mengira kebolehan dan semangat mereka dalam bidang kemahiran.

Memilih bidang kemahiran memerlukan ketabahan tidak berbelah bahagi, keazaman tidak berbelah bahagi dan semangat gigih untuk mengharungi pelbagai halangan.

Ia bukan hanya mengenai pembelajaran dalam bidang kemahiran, tetapi juga mencerminkan keberanian belia untuk melangkah di luar batas konvensional.

Belia bukan semata-mata mencari kemahiran praktikal yang boleh digunakan dalam sektor pekerjaan tetapi juga mendambakan peluang untuk melibatkan diri dalam usaha yang selaras dengan minat dan kebolehan yang ada pada diri mereka. – UTUSAN

INTAN ZULAIKHA
Mahasiswa universiti

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.