Mahasiswa Islam perlu bentuk cara fikir baharu

Mahasiswa Islam perlu bentuk cara fikir baharu

KITA perlu melahirkan generasi muda yang mempunyai ilmu, kemahiran dan nilai yang sesuai dengan keperluan abad ke-21. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MENJELANG 2024, genap 100 tahun semenjak kejatuhan Khalifah Uthmaniyyah. 100 tahun yang pertama ini, telah menjadi saksi pertembungan ufuk-ufuk dunia. Umat Islam kekal terperusuk di tepi menjadi bidak percaturan.

Memasuki 100 tahun yang baharu ini, Pembina menyeru untuk seluruh masyarakat terutamanya mahasiswa untuk menghadapi abad yang mendatang ini dengan cara fikir dan pandangan dunia yang baharu bermula dari sudut pandang membangun negara Malaysia mengikut kerangka acuan sendiri.

Kerangka acuan sendiri yakni kerangka yang bermatlamat untuk membangun kuasa nasional Malaysia tanpa pergantungan pengaruh asing.

Salah satu kunci untuk mencapai kuasa nasional Malaysia adalah melalui pembangunan sumber manusia yang berkualiti, kreatif dan inovatif.

Dalam era globalisasi dan revolusi digital, kita perlu melahirkan generasi muda yang mempunyai ilmu, kemahiran dan nilai yang sesuai dengan keperluan abad ke-21.

Oleh itu, saya ingin menggesa masyarakat terutamanya mahasiswa untuk memiliki sudut pandang ini melalui kepakaran strategik masing-masing.

Kita tidak boleh lagi menjadi bidak selamanya. Pengalaman 100 tahun yang pertama telah mengajar kita bahawa umat Islam akan kekal di tepian jika perubahan dan pembaharuan radikal tidak kita lakukan.

Saya percaya bahawa Malaysia mempunyai potensi yang besar untuk menjadi sebuah negara yang maju, kuat, dan berdaulat, jika kita bersatu padu dan bekerja keras untuk merealisasikan impian kita. – UTUSAN

Selamat Tahun Baharu!

WAFIQ AZMAN
Presiden Pembina Malaysia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya