Bekukan pengambilan pekerja asing

Bekukan pengambilan pekerja asing

PEMBEKUAN pengambilan pekerja asing dapat menyekat lambakan pekerja asing dari luar negara. – UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KERAJAAN Madani diminta untuk berani mengambil langkah drastik bagi membanteras aktiviti eksploitasi ejen pekerja asing yang tidak bertanggungjawab.

Pembekuan pengambilan pekerja asing dapat menyekat lambakan pekerja asing dari negara berkenaan yang dilihat semakin ketara sejak pintu sempadan dibuka semula pasca pandemik.

Jumlah populasi penduduk Bangladesh adalah hampir lima kali ganda penduduk Malaysia.

Dikhuatiri tindakan syarikat ejen milik warga Bangladesh yang berleluasa membawa masuk rakan senegara mereka supaya dapat memulakan hidup baharu di Malaysia akan mengubah struktur demografi kaum sedia ada dengan rakyat negara berkenaan mengatasi bilangan etnik Cina dan India.

Walaupun mereka berstatus pekerja asing semasa kali pertama datang ke Malaysia tetapi itu bukan satu jaminan mereka akan balik semula ke negara mereka.

Tidak kurang yang menetap terus di negara ini secara sah mahupun sebagai pendatang asing tanpa izin (PATI). Warga asing ini dengan mudah dapat menetap terus di negara ini dan berniaga selepas berkahwin dengan wanita tempatan.

Sudah banyak laporan media massa mengenai tindakan warga asing Bangladesh menyalahgunakan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) menguasai perniagaan dalam negara termasuk mengusahakan sendiri tanah pertanian.

Ini tidak seharusnya berlaku kerana tujuan pengambilan pekerja asing adalah untuk supaya bekerja dengan majikan tempatan terutama dalam sektor 3D.

Amat dikesali kerana warga asing dengan mudah mempermainkan peraturan dan undang-undang negara kita demi kelangsungan hidup mereka.

Pekerja asing yang dibawa masuk dengan cara penipuan perlu segera dihantar pulang ke negara asal mereka. Menempatkan semula 500,000 penganggur warga asing dalam sektor pekerjaan negara adalah satu ketidakadilan kepada pencari kerja rakyat Malaysia.

Selain itu, lesen perniagaan syarikat ejen yang didalangi warga asing perlu dibatalkan serta-merta. – UTUSAN

FAHMI MOHD.
Anak Malaysia, Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya