Tenaga nuklear jadikan bumi lebih bersih

Tenaga nuklear jadikan bumi lebih bersih

Persatuan Nuklear Dunia menyatakan, menjelang 2040, permintaan penggunaan tenaga akan semakin meningkat disebabkan peningkatan bilangan penduduk dan kegiatan ekonomi yang giat serta pembangunan pesat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

TENAGA nuklear menjadi satu bayangan buruk sehingga menimbulkan keraguan dan ketidakpastian dalam fikiran kita. Ini mungkin berpunca daripada tragedi hitam di Bhopal, India dan Chernobyl, Russia suatu ketika dulu.

Kuasa nuklear menjana elektrik dengan pelepasan gas rumah hijau yang minimum, menjadikannya sumber tenaga bersih yang boleh membantu memerangi perubahan iklim. Loji kuasa nuklear sangat dipercayai dan mampu menyediakan sumber elektrik lebih konsisten, tidak seperti beberapa sumber tenaga boleh diperbaharui yang bergantung kepada cuaca.

Oleh itu, tenaga nuklear menjadi perkara penting dalam usaha untuk memerangi perubahan iklim.

Dengan mengurangkan pergantungan kita kepada bahan api fosil, kuasa nuklear membantu mengurangkan pencemaran udara dan kesan kesihatan berbahaya berkaitan dengannya.

Persatuan Nuklear Dunia menyatakan, menjelang 2040, permintaan penggunaan tenaga akan semakin meningkat disebabkan peningkatan bilangan penduduk dan kegiatan ekonomi yang giat serta pembangunan pesat. Oleh itu, tenaga nuklear menjadi bahagian penting dalam usaha untuk memerangi perubahan iklim.

Pengurangan pencemaran udara akan mengurangkan kesan kesihatan yang berbahaya.

Jika penggunaannya diuruskan dengan betul, tenaga nuklear hanya mendapat risiko kesihatan yang lebih rendah berbanding beberapa loji jana kuasa bahan api fosil yang mampu membebaskan pelbagai bahan pencemar ke atmosfera.

Nuklear juga memainkan peranan penting kepada industri kesihatan kerana penggunaan tenaga nuklear menawarkan pelbagai aplikasi serta alatan berharga untuk tujuan kesihatan. Salah satu penggunaan terkenal ialah pengimejan perubatan di mana prosedur perubatan nuklear termasuk Positron Emission Tomography dan Single Photon Emission Computed Tomography membolehkan diagnosis dan pemantauan penyakit seperti kanser, keadaan jantung dan neurologi. Selain itu, reaktor nuklear menghasilkan radioisotop yang sangat penting untuk rawatan kanser.

Penggunaan nuklear juga penting dalam sektor pertanian seperti penghasilan benih padi IS21 hasil penggunaan teknik biak baka mutasi aruhan sinar gama.

Padi tersebut mendapat pengiktirafan Anugerah Pencapaian Cemerlang Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Anugerah Penyelidikan Cemerlang Forum Kerjasama Nuklear di Asia (FNCA) bagi kategori pembiakan mutasi tumbuhan baka baharu padi dan Anugerah Tahun Pengkomersialan Malaysia.-UTUSAN

NURHAZIRAH MD. ROZI
Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya