Tambah parkirdi Monumen Titik Tengah Semenanjung

Tambah parkir di Monumen Titik Tengah Semenanjung

PIHAK berwajib perlu menambah tempat letak kereta bagi menarik lebih ramai pengunjung ke Monumen Titik Tengah Semenanjung di Temerloh, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BARU-BARU ini, sebuah akhbar tempatan menerbitkan artikel tentang Monumen Titik Tengah Semenanjung terletak di Kampung Paya Siput, Lanchang, Temerloh, Pahang yang berkeadaan sepi dan sunyi.

Monumen ini dirasmikan dan dibuka kepada pengunjung pada 2019.

Beberapa minggu lalu, saya ke sana pada hari biasa. Ketika itu tiada pengunjung lain dalam tempoh sejam saya di sana. Sempat juga saya berbual dengan penjaga kaunter tiket mengenai kedatangan pengunjung. Saya diberitahu, hanya antara lima hingga 10 orang secara purata datang pada hari biasa dan jumlah itu meningkat pada hujung minggu atau cuti sekolah.

Saya dapati tempat ini cantik dari segi landskap serta kemudahan asas seperti tandas, surau, gerai termasuk yang menjual cenderamata. Terdapat sedikit sangkar-sangkar spesies burung yang jarang dilihat walaupun bukan dalam bentuk zoo mini tetapi memadai sekadar menghiasi ruang-ruang tertentu. Terdapat juga tasik kecil yang menambah keindahan semula jadi monumen ini di samping pelbagai tumbuhan lain.

Untuk menarik lebih ramai pengunjung, saya berpandangan tempat letak kereta perlu ditambah kerana pada masa ini hanya terdapat beberapa petak. Semasa lawatan saya, kenderaan tidak dibenarkan masuk atas sebab tertentu sebaliknya diletakkan di tepi jalan raya sahaja.

Saya juga berpendapat lebih sesuai kaunter bayaran pintu masuk diletakkan di belakang bangunan tandas dan gerai dengan ciri keselamatan, mungkin pagar berasingan.

Asingkan pintu kaunter masuk dan pintu keluar sebagai sistem kawalan keluar masuk dan ruang pintu masuk sedia ada diubah suai dijadikan tambahan tempat letak kenderaan.

Ini sekadar pandangan sahaja, terpulang kepada pihak berwajib menentukannya.

Difahamkan monumen ini dibina dan diserah oleh Kerajaan Persekutuan di bawah projek Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) kepada Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) dan beroperasi secara penswastaan.-UTUSAN

TEROPONG DO RE MI
Setapak, Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya