Petanda buruk sentiasa lapar, kerap kencing - Utusan Malaysia

Petanda buruk sentiasa lapar, kerap kencing

ANTARA gejala penyakit diabetes ialah keadaan di mana individu mengalami pembuangan air kecil yang lebih kerap. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEJAK kebelakangan ini, kadar penghidap penyakit diabetes semakin meningkat di negara kita dan dianggarkan hampir mencapai angka empat juta orang.

Oleh demikian, perlulah untuk kita mengetahui gejala penyakit diabetes dan langkah-langkah wajar bagi membendungnya.

Sebelum itu, perlu kita ketahui bahawa penyakit diabetes mempunyai dua jenis iaitu jenis satu dan jenis dua.

Kedua-dua jenis penyakit itu berpunca daripada kegagalan pankreas iaitu sejenis organ dalam tubuh badan kita berfungsi menghasilkan hormon insulin yang bertanggungjawab memproses gula menjadi sumber tenaga.

Justeru, apabila pankreas gagal menghasilkan insulin secukupnya maka berlakunya lambakan gula yang tidak diproses dalam salur darah.

Bagi jenis satu, pesakit lebih cenderung bergantung kepada insulin dari luar sepenuhnya manakala jenis dua, penghidap penyakit lebih bergantung kepada rawatan berperingkat serta pengubahsuaian terhadap gaya hidup.

Antara gejala penyakit diabetes ialah poliuria iaitu keadaan di mana individu mengalami pembuangan air kecil yang lebih kerap lebih-lebih lagi pada malam hari.

Hal ini dikatakan berpunca daripada kadar gula dalam darah yang lebih menyebabkan gula dikeluarkan melalui pundi kencing.

Secara tidak langsung tubuh akan berasa haus, dahaga dan sering ingin minum air terutama yang sejuk dan manis.

Selain itu, penghidap penyakit diabetes juga sering mengalami keadaan disebut sebagai polifagia. Polifagia adalah satu keadaan di mana seseorang itu rasa lapar yang berlebihan serta peningkatan nafsu makan.

Hal demikian kerana kegagalan insulin yang menyebabkan kemasukan gula ke dalam sel-sel tubuh menjadi kurang.

Akibatnya, penderita penyakit diabetes menjadi kurang bertenaga dan cepat berasa lelah ketika melakukan sesuatu pekerjaan.

Situasi ini menyebabkan sistem tubuh mengaktifkan rasa lapar dalam diri kita untuk mendapatkan tenaga dari luar iaitu makanan. – UTUSAN

MUHAMMAD IMRAN DANIAL AZMI, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya