Mudahnya fitnah disebar tanpa suara

Mudahnya fitnah disebar tanpa suara

FAKULTI Komunikasi dan Pengajian Media UiTM menganjurkan program Eh! Kau Putar Ek! bagi memberi kesedaran kepada remaja mengenai isu fitnah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

DAHULU, fitnah hanya berlaku dengan perbuatan menyampaikan sesuatu maklumat atau berita tidak benar melalui percakapan mulut ke mulut. Namun, dengan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi, penyebaran fitnah boleh berlaku tanpa ‘suara.’

Antaranya menerusi platform media sosial seperti WhatsApp, Facebook dan Telegram. Pantas, lantaran hanya di hujung jari.

Dalam bahasa Arab, perkataan fitnah itu merujuk kepada ujian, kufur, pembunuhan, kebakaran dan lain-lain.

Fitnah boleh berlaku apabila individu tidak bertanggungjawab mereka-reka sesuatu berita atau maklumat tidak sahih lalu menyebarkannya dengan tujuan tertentu seperti ingin memburukkan atau menjatuhkan nama baik individu lain.

Tanpa disedari, fitnah juga sebenarnya boleh berlaku apabila kita mendengar atau menerima sesuatu berita atau maklumat ‘bulat-bulat’, tanpa menyemak kesahihannya.

Seterusnya, berita atau maklumat palsu tersebut disebarkan kepada orang ramai dengan niat untuk memburukkan pihak lain.

Dek kerana perkembangan teknologi yang pesat, masyarakat hari ini tanpa sedar telah menyebarkan berita palsu bagaikan suatu rantaian. Kesannya membawa padah kepada individu, keluarga, masyarakat dan negara.

Tidak hanya setakat itu, menerusi platform berkenaan, pelbagai berita tidak sahih boleh tersebar dalam sekelip mata sehinggakan menimbulkan pelbagai spekulasi yang dibuat.

Lebih malang, apabila rantaian itu boleh merosakkan hubungan sesama manusia dan ia berlaku tanpa sempadan geografi.

Islam amat menjaga keharmonian masyarakat khususnya sesama umat Islam dengan melarang perbuatan fitnah. Ia dibuktikan dengan sabda Nabi SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang menyebarkan fitnah (mengadu domba).” (Hadis Riwayat al-Bukhari).

Hal ini penting kerana fitnah bukan sahaja berdosa tetapi boleh mencetuskan kegusaran awam.

Jelas, penyebaran fitnah boleh berlaku tanpa sedar. Setiap individu perlu mengawal diri dan berhati-hatilah dalam berkongsi dan menyebarkan maklumat.

Bertepatan dalam usaha untuk memberi kesedaran terhadap fitnah tanpa suara, pelajar Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam menganjurkan program di bawah inisiatif Service Learning Malaysia-University for Society (SULAM).

Program Eh! Kau Putar Ek! bertemakan Hak vs. Reputasi ini akan memberi kesedaran kepada golongan remaja berkenaan isu fitnah yang diadakan di Kolej Vokasional Tanjung Puteri, Johor.-UTUSAN

NAJAH FATHIAH SAMSAIMON
Fakulti Komunikasi & Pengajian Media
Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya