Pentingnya keutuhan spiritual dalam pupuk nilai baik pelajar

Pentingnya keutuhan spiritual dalam pupuk nilai baik pelajar

SALAH laku disiplin seperti buli atau penyalahgunaan dadah adalah petanda sifar nilai dalam membuat penyelesaian masalah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

DUNIA sejagat hari ini menyaksikan pelbagai isu kemanusiaan, politik dan ekonomi. Ia dikaitkan dengan kehilangan intergriti kepimpinan dalam melaksanakan tanggungjawab dan kehilangan akhlak kemanusiaan.

Satu pendekatan jangka panjang perlu diambil, iaitu mengembalikan peranan sistem pendidikan holistik berteraskan nilai dan keutuhan spiritual. Generasi muda hari ini mempunyai kepelbagaian kecerdasan.

Kemuncak kecerdasan bermula apabila seseorang dapat membezakan perkara baik dan buruk selari tuntutan agama.

Sesuatu nilai berdiri kukuh dan tidak tercemar apabila keyakinan dan kepercayaan terhadap agama sangat kuat. Justeru, karamah insaniah atau human dignity perlu difokuskan dari awal pendidikan kanak kanak hingga dewasa.

Segala isu atau salah laku berlaku disebabkan seseorang menghadapi krisis nilai yang bertentangan dengan kemahuan sebenar. Kemahiran membuat keputusan dalam setiap tindakan mestilah bersandarkan nilai diterima umum dan tidak memberikan sebarang kemudaratan pada pihak lain.

Salah laku disiplin seperti buli atau penyalahgunaan dadah adalah petanda sifar nilai dalam membuat penyelesaian masalah.

Begitu juga isu ketidakhadiran dan keciciran murid perlu dirujuk kepada unit kaunseling untuk pengukuhan nilai tanggungjawab diri serta kesedaran pembinaan jati diri.

Ledakan maklumat tanpa sempadan juga memberi tempias nilai jika tidak disaring.

Pendidik atau guru perlu lebih proaktif serta mendepani cabaran media sosial dalam aktiviti pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah.

Pertembungan nilai akan bertambah parah jika tidak dirujuk dan sepadan dengan tuntutan pegangan agama. Nilai baik dan buruk tidak boleh diputuskan secara kolektif kerana ada perbezaan agama dan budaya.-UTUSAN

TUMIN YATMAN
Pengetua SMK Dato’ Abdul Rahman Andak
Simpang Renggam, Johor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya